-->

inspired others

Its being so long in here...nipun kes nak update fb status tp memikirkan i need to write it in a paragraph...so here it is...

Alhamdulillah, berkat hasil usaha,doa yang tak putus putus dan redha kedua ibu bapa and oh ye suami tercinta...maka rezeki dariNya pun diperluaskan...i be more than thankful to that...syukran ya Allah.

Menjadi sumber inspirasi yang berguna kepada mereka yang ingin berjaya adalah suatu impian yang nyata. Dan bila ada sebilangan kecil dari kenalan terdekat menjadikan aku insan yang serba kekurangan ini sebagai role play dalam bisnes masing masing, itu merupakan penghargaan yang teramat besar buat hamba Allah yg kerdil ini...gimme BigHug gals ^_^

Terus terang aku ceritakan, untuk mencapai ke tahap ini banyak halangan dan dugaan yang aku telah hadapi dan terima bahkan hingga ke saat ini...mana mungkin untuk aku melupakan semua kenangan kenangan 'indah' yang pernah dicoretkan dalam kamus hidup aku ni....

Bermula sebagai anak kecil yang memerlukan pengalaman untuk mendewasakan diri, aku sering dihina dan dicerca oleh saudara dan kenalan terdekat...sehingga pernah menyuruh anak mereka supaya menjauhi aku disebabkan takutkan bad influence dari aku...well...it'll be my pleasure dear...aku pun tak teringin nak kawan ngan orang2 bodoh  Oh alangkah bestnya kalo aku cakap cenggitu, tapi yela dikala usia baru menginjak 9 10 tahun apa la yang kau mampu katakan....gua redha...

Then, when it comes to bisnes pun ada gak suara suara negative berkumandang...dan tak kurang juga mereka yang  perlekehkan idea aku...yela pada usia baru menginjak 22 thn, the naive malay people akan persoalkan kebolehan anak muda untuk berbisnes..i mean real business...so here it comes penganalisis bisnes, akauntan,auditor in bisnes yang tak bertauliah yang dok cuba menanamkan unsur2 negatif yang bakal menoktahkan usaha yg belum bermula..standat la...katapun melayu...huhuhu..tapi ni Wan Noor Azni la..selagi aku rasa aku di landasan yang betul dan selagimana parent aku support i wont let my ear drop somewhere! Restu ibubapa dah ada so watpe aku kena herankan orang luar yang tak bagi manfaat dalam menentukan kejayaan hidup aku! 

Then comes the obstacles part during business....

Halangan demi halangan aku terima. Dari competitor takyah cakap r kan...mmg every year  akan hadapi masalah yang sama. Dari awal berniaga sampailah sekarang. tak henti henti fitnah dan tohmahan yang diberikan tetapi syukur alhamdulillah, hasil tohmahan dan fitnah yang dibuat menjadikan diri ini lebih tabah dan kuat. Benarlah kata cerdik pandai, sabar itu indah...dan kerana aku meletakkan sepenuh kepercayaan aku kepada Allah s.w.t bahawasanya hanya Dialah yng menentukan rezeki aku. Jika ketetapanNya banyak, maka bersyukurlah dan jika sebaliknya, maka redha lah...ingat, rezeki itu datang dari Allah s.w.t dan bukannya dari sesama makhluk!

Pernah dilabelkan sebagai cetek akal oleh mereka yang lebih berjaya membuatkan diri aku semakin kuat! Terima kasih hamba Allah kerana berjaya menyedarkan diri aku betapa kemewahan dan kesenangan berjaya menjadikam manusia itu kawan syaitan apabila memakai baju riak! Ya Allah, semoga aku tetap sujud kepadaMu dan jauhkaalah diri aku dari sifat2 riak dan mazmumah yang lain! Jangan sekali kali perkecilkan mereka yang terkemudian tetapi bimbinglah supaya mereka juga boleh berjaya seperti kita! Bila aku redha dan berserah kepada Allah s.w.t maka Dia pasti akan memberikan aku yang lebih baik dari sebelumnya! Itu aku pasti!

Alhamdulillah..after 5 months, we being blessed with this pregnancy...semoga ank ini membesar  menjadi anak yang soleh/solehah dan menjadi insan yng luar biasa!

And rezki baru yang Allah s.w.t bagi...syukran...semoga  ini bukanlah ujianMu..

P/s : bukan niat nak berlagak cuma nak menginspirasikan adik2,rakan2,sedara mara friends,followers supaya berusaha dengan niat kerana Allah s.w.t dan percayalah usaha tangga kejayaan!dan janganlah sesekali kita merasakan diri ini hebat kerana ada lagi yang lebih hebat!sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t makanya dariNya jualah kita meminta! :-)

Dan jangan biarkan kata kata negatif dari sekeliling mempengaruhi keputusan yang kita amik tapi jadikan ianya suatu dorongan untuk buktikan pada mereka yang meragui...semoga kita sama sama berjaya dunia dan akhirat!

2 comments:

  1. paling aku tabik, u are still the same person yg aku kenal mase form 4. cume dalam version dewasa. haha :)) jauh langsung dari lupe member2..
    congrats long, jauh dalam ati aku tumpang bangga dgn kejayaan ko. :)

    ReplyDelete
  2. Sapa la aku nk lupakan member2...tanpa korang semua aku bukan aku yg skang...setiap individu memainkan peranan xkira la baik atau sebaliknya..n the best part is korang still kawan ak walaupun disaat ak jahil dulu!hahahah...friend forever!

    ReplyDelete