-->

Daisypath - Anniversary

bling bling custom made HP deco

in trend now u ols!so sesapa yg berminat utk mencantikkan ur gadget (any kind of hp and tablet) leh la roger roger ahkak yek...rega kita kasik kaw2nye member price! No worries, we can offer u cheapest price in town...price can nego meh...

Takut batu bata blingz u ols tercabut dek tahap kelasakan korang? Again....no worries meh...jaminan ketahanan dr pihak kami! Setakat campak2 ur gadget,lipat2 no worries la...tak mudah tecabut punya! Sebab we ols guna gam manyak baik punyer...imported glue op kos! money back guarantee lor... Unless kalo korang memang saja gatal gatal tangan nk kopek kan ye..that one no guarantee!

Bawah ni some of the design yang kami buat for our lovely customer! Kalo korang rasa rasa mcm nak yang lagi grand dari ini..lagi branded punya batu pun can mh... u ols cakap jek...whatsapp ngn kami or pm kami untuk sesi diskusi...kita kasik diskusi sampai jadi meh...so agak agak korang berminat leh direct pm kami or leave comment below..jangan riso soal harga...risokan casing available tak jek...hehehehe....

"Hakak sy suka yang simple simple jek"..ha ni sesuai untuk mereka yang tak nak heavy design..

"Ala...saya xsuka hello kitty la" jangan riso!kita kasik tuka ngan benda lain such askalo yang suka brand2 ni kita ada chanel,dior atau kita ada animals lain mcm merak akak peacock!

Nak poser ngan nama pun kami boleh buat meh...tapi kena tengok design jugak ye..

Chanel?anna sui?mirror at the back?pon boleh...xde masalah punya..kaler pun kita leh adjust pUnya...xde hal..

Ramadhan as a Wife and Mom To Be

Alhamdulillah...tinggal tak berapa hari jek lagi untuk kita meninggalkan bulan yang penuh barokah ni!sedih rasanya kerana mungkin ini ramadhan terakhir kita...tp sangat menyenangkan kerana untuk tempoh masa ni puasa aku masih penuh!yay!walaupun diganggu dengan muntah2 tapi aku tetap bertahan untuk berpuasa!hikhik...so husband sila standby duit raya ye! :-)

As it was my first ramadhan as a wife and at the same time Mom To Be, ramdhan kalini btol2 mencabar!kalo dulu zaman bujang memang takde maknanyalah hai nak bangun2 sahur ni...tapi disebabkan husband yang memang wajib bangun sahur so kugagahkan jua utk bangun...but then again i always prepared the food earlier, just before went to sleep..so bolehla kunci jam at 4.45am..hikhik...nasib baik gak husband bukan cerewet sangat...aku goreng roti salut telo makan ngan sosej and baked beans pun ye redha...janji bersahur...cumanya tekilan td pagi terlajak...so xsempatla nk bersahur...sedar x sedar dah kol 6.14am..oh man! Dahla husband kena g keje 6.30am..poor u daddy! Tapi he managed to get it in time! Yay!

Ramadhan kalini juga kami banyak save duit dek kerana tekak Mom To Be ni memang refusing all the outside food cooking! Memang nak homecooking jek..buffet ramadhan?erm just not it!memang xde kehengenan langsung hokey! Bagus anak mak ni!hahaha...tapi bila masak jek memang kena stat awal sebab akan berlari2 anak ke bilik air mengeluarkan apa yg boleh dikeluarkan! Kalo kata x masak, dalam sehari tu muntahnya 2 3x jek tp kalo stat masak...mmg infinity!huaaaaaa....sengsara!

So marilah tengok hasil2 Mom To Be di dapur...

Soto ayam yang enak bangat! My first attempt yg sangatlah x mengecewakan..
Ayam kicap untuk bekalan husband yang shift malam..


Bila dah malas, regular dish akn keluar...Lamb Grill

Eh ni bukan azni azizan yang masak...tapi mak kami yang masak..and the gretest Solok Lada was by  the one and only, my Awa!

Kadang kadang bila dah xde idea sangat, Nasi Lemak memang sangat  mengujakan!

And out of nowhere, aku memberanikan diri masak Lontong ngan Kuah Kacang, nasib aku baik  lontong itu mendapat pujian dari husband!yay!

Semoga sempatlah kita berjumpa Ramadhan akan datang...so kepada sanak saudara rakan handai yang pulang ke kampung, SelamatmHari Raya Aidilfitri dan hati hati sepanjang perjalanan tu...for the first time ever, mokcik x beraya kat Bukit Goh...its husband turn...so marilah ikut mokcik pulang beraya di Trolak Selatan...dah boleh jammed sebab takut kekok! Oh dan iya..maaf zahir batin kpd semua!

inspired others

Its being so long in here...nipun kes nak update fb status tp memikirkan i need to write it in a paragraph...so here it is...

Alhamdulillah, berkat hasil usaha,doa yang tak putus putus dan redha kedua ibu bapa and oh ye suami tercinta...maka rezeki dariNya pun diperluaskan...i be more than thankful to that...syukran ya Allah.

Menjadi sumber inspirasi yang berguna kepada mereka yang ingin berjaya adalah suatu impian yang nyata. Dan bila ada sebilangan kecil dari kenalan terdekat menjadikan aku insan yang serba kekurangan ini sebagai role play dalam bisnes masing masing, itu merupakan penghargaan yang teramat besar buat hamba Allah yg kerdil ini...gimme BigHug gals ^_^

Terus terang aku ceritakan, untuk mencapai ke tahap ini banyak halangan dan dugaan yang aku telah hadapi dan terima bahkan hingga ke saat ini...mana mungkin untuk aku melupakan semua kenangan kenangan 'indah' yang pernah dicoretkan dalam kamus hidup aku ni....

Bermula sebagai anak kecil yang memerlukan pengalaman untuk mendewasakan diri, aku sering dihina dan dicerca oleh saudara dan kenalan terdekat...sehingga pernah menyuruh anak mereka supaya menjauhi aku disebabkan takutkan bad influence dari aku...well...it'll be my pleasure dear...aku pun tak teringin nak kawan ngan orang2 bodoh  Oh alangkah bestnya kalo aku cakap cenggitu, tapi yela dikala usia baru menginjak 9 10 tahun apa la yang kau mampu katakan....gua redha...

Then, when it comes to bisnes pun ada gak suara suara negative berkumandang...dan tak kurang juga mereka yang  perlekehkan idea aku...yela pada usia baru menginjak 22 thn, the naive malay people akan persoalkan kebolehan anak muda untuk berbisnes..i mean real business...so here it comes penganalisis bisnes, akauntan,auditor in bisnes yang tak bertauliah yang dok cuba menanamkan unsur2 negatif yang bakal menoktahkan usaha yg belum bermula..standat la...katapun melayu...huhuhu..tapi ni Wan Noor Azni la..selagi aku rasa aku di landasan yang betul dan selagimana parent aku support i wont let my ear drop somewhere! Restu ibubapa dah ada so watpe aku kena herankan orang luar yang tak bagi manfaat dalam menentukan kejayaan hidup aku! 

Then comes the obstacles part during business....

Halangan demi halangan aku terima. Dari competitor takyah cakap r kan...mmg every year  akan hadapi masalah yang sama. Dari awal berniaga sampailah sekarang. tak henti henti fitnah dan tohmahan yang diberikan tetapi syukur alhamdulillah, hasil tohmahan dan fitnah yang dibuat menjadikan diri ini lebih tabah dan kuat. Benarlah kata cerdik pandai, sabar itu indah...dan kerana aku meletakkan sepenuh kepercayaan aku kepada Allah s.w.t bahawasanya hanya Dialah yng menentukan rezeki aku. Jika ketetapanNya banyak, maka bersyukurlah dan jika sebaliknya, maka redha lah...ingat, rezeki itu datang dari Allah s.w.t dan bukannya dari sesama makhluk!

Pernah dilabelkan sebagai cetek akal oleh mereka yang lebih berjaya membuatkan diri aku semakin kuat! Terima kasih hamba Allah kerana berjaya menyedarkan diri aku betapa kemewahan dan kesenangan berjaya menjadikam manusia itu kawan syaitan apabila memakai baju riak! Ya Allah, semoga aku tetap sujud kepadaMu dan jauhkaalah diri aku dari sifat2 riak dan mazmumah yang lain! Jangan sekali kali perkecilkan mereka yang terkemudian tetapi bimbinglah supaya mereka juga boleh berjaya seperti kita! Bila aku redha dan berserah kepada Allah s.w.t maka Dia pasti akan memberikan aku yang lebih baik dari sebelumnya! Itu aku pasti!

Alhamdulillah..after 5 months, we being blessed with this pregnancy...semoga ank ini membesar  menjadi anak yang soleh/solehah dan menjadi insan yng luar biasa!

And rezki baru yang Allah s.w.t bagi...syukran...semoga  ini bukanlah ujianMu..

P/s : bukan niat nak berlagak cuma nak menginspirasikan adik2,rakan2,sedara mara friends,followers supaya berusaha dengan niat kerana Allah s.w.t dan percayalah usaha tangga kejayaan!dan janganlah sesekali kita merasakan diri ini hebat kerana ada lagi yang lebih hebat!sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t makanya dariNya jualah kita meminta! :-)

Dan jangan biarkan kata kata negatif dari sekeliling mempengaruhi keputusan yang kita amik tapi jadikan ianya suatu dorongan untuk buktikan pada mereka yang meragui...semoga kita sama sama berjaya dunia dan akhirat!