-->

rolled chicken cheese

Rasanya macam blog ni perlu ditukar nama lak..hikhik...dari 'a tale of me' ke 'diary recipe seorang surirumah' huahuahua....opsss not surirumah la...most likely DOMESTIC ENGINEER hikhik...sia sia la aku ni belajar engineering... ;-)

Before we jump to the recipe aku nak bercerita atau lebih kepada nak meluahkan isi hatiku ini...ok lets start the story macam ni, bila orang tanya aku 'U keje apa je la skang ni?' and without any delay or without waiting for my wise reply soalan itu dijawab dengan sendirinya 'jadi surirumah tangga jek la kan?'.....DUSH!! rasa terhentak seketika..plus some more, 'takpelah, gaji husband more than enough untuk u all berdua kan?' ok now u sound like i am miss pisau cukur! double the DUSH! well u might not seing me as a any other stereotype career women, keluar rumah kol 8am balik rumah kol 5pm, but believe me i do have a job! yes mungkin tak nampak di mata kasar sebab aku tak masuk opis..but....come think well a while, zaman skang ni kalo husband jek keje and bini dok rumah semata, u wont get a life as u wish unless your husband made more than 20k monthly which is not my husband yet aku tetap bersyukur sebab he makes more than any other newcomer did! ;-) 

Yes aku admit yang aku ni seorang 'berkerak besar' yang mendambakan kehidupan mewah mengelilingi dunia, wearing international designer brands, driving exclusively continental car, using highly new tech gadjet and so on....jadi dimana sebagai seorang isteri yang ada cita cita nak masuk jannah makanya aku tak nak menyusahkan suami ku dengan memenuhi kehendak duniawi wifeynya ini...so indeed i have to make my own income kan?walaupun aku sering jugak menarah akaun husband ku ini mengaku siap siap...hikhik *andaikata MHS (MLS changed to MHS) terbaca* tehee.....

Jadinya walaupun tak la dapat ku menjawab direct kepada si penanya penanya soalan biarlah ku jawab disini sahaja, saya merupakan pemilik tadika yang bekerja dari rumah memantau segala usaha murni all my teachers and waiting for something magical happen! wait and see :-) *BigSmile for that* or in other words i am businesswoman! im earning something and spending from my own account for my own kerak besar! now can we move to other Qs???? oh ye tapi apa salah ke kalau jadi HOUSEWIFE ni? erm...rasanya pahala yg paling besar buat mereka yg dipanggil isteri adalah mereka yg menjadi HOUSEWIFE! sebab apa aku cakap pahala besar?sebab kurangnya dosa dikelilingi jantina berlainan jenis yg mana mungkin dalam sedar atau tidak kita akan terlepas laku dan malaikat kiri dan kanan yang setia mencatit every little thing we did! oh tapi selagi mana tiada mesyuarat tingkap diadakan ler...hikhik...and aku sangat kagum dengan semua housewives sebab mereka lebih bijak merencana masa hadapan family! and how they make their time management valuable! walllaaaaaaa~

ok berbalik pada entry yang berkaitan, jadinya sebagai Domestic Engineer opssss bekerja sendiri, i have plenty of time di rumah...habis wat documentation *ok tipu!xpernah habis pun* dah boring boring pinau mata ngadap lappy aku wat kerja menjahit pulak (well being as a housewife i have to be creative more than ever!) so perut pun dah lapar and AFC/FoodNetwrok channel pun seems not working dah, aku pun menjengah ke #azniazizankitchen my own small heavenly kitchen! and searching bahan bahan binaan yang ada dalam fridge SAMSENG ku lantas IDEA shine like a diamond! so here it is...my very own azniazizan version Rolled Chicken Cheese!

ihsan dari instagram azniazizan
 Kunun Kunun nak ber Vlog bagai miss azni ni tapi sapa la yang boleh dihambakan untuk memegang camera merakam segala...dulu kalo si cantik Reaitsu Rda ada boleh lah jadi tukang hambik gambonya macam previous previous previous entry pasal BEEF FOLDOVER...oh jangan sedey2 la azni wey...kemon orang taknak dengar kau membebel dah...recipe please???!!!

dada ayam di potong style butterfly, let one side lebih tebal dari another..and yes lapik plastik ye supaya mudah untuk di tekan tekan oleh roller *kalo xde roller batu lesung pun boleh*

bila dah di rolled kasik lebih luas surface area nye korang kasik tabur la daun sup/bawang sedikit oyster mushroom yg dicencang atau segala macam veges yg korang prefer and of cos the CHEESE..time ni aku guna parmesan cheese tapi nk guna mozarella pun ok gak n nk yg lg best gunala bleu cheese! confirm terangkat!
then korang rolled over and cucuk kan dengan lidi sate yang dipotong supaya ayam tu tak terleraikan.then korang goreng sekejap just simmering untuk memberikan kaler keperangan yang cantik keatas dada ayam tersebut..sekejap jek yek...jng sampai masak terus!


crucial part after frying adalah this part! guna oven dengan suhu yang low and let it be in for 3-5min only! and your dish are ready to eat!


ok part yang crucial tu kalo taknak wat pun xper tapi sebab aku nak bagi effect yang poyo kat cheese so ak masukkan gak dalam microwave pemberian my sweet and lovely teacher oh bkn teacher dah, i considered her as my sister! the one yang sangat sangat setia dengan Tadika Prima Pristana and i just donno how i am going thru without her! puan Syatina Rosli ....thank you dear...your microwave was always be my saviour! love u sis!

So thats it for this time...hope korang enjoy the recipe and semoga berjumpa lagila di kendian hari...kalo suka baca blog picisan yang tak mendatangkan duit ni bolehlah jadi registered follower ye..takkan silent reader jek kot!ahaks ;-)

indonesian sambal belacan

Bila makan nasi panas panas lepastu dengan adanya sambal belacan pastinya selera akan naik mencanak canak...nak nak lagi kalo sambal belacan tu umphhhhh...so sambal belacan ni sendiri ada macam macam rasa...well lain orang lain la air tangannya.

Jadinya untuk entry kalini sepatutnya dah update lama tapi memang sejak dapat tok laki ni penulis sangatlah malas nak hadap blog picisan pinggir layu di tepi ni...tapi ku gagahkan juga sebab mengenangkan janji janji yang ditaburi kepada beberapa orang teman..*boleh x nak wat vlog jek lepas ni untuk entry recipe?* ahaks ;-)

So back to the recipe, resep*indonesian slanga* kalini aku dapat dari pembantu rumah kami iaitu mbak ersi...xsangka lak ye boleh wat sambal yg sodap camni...ktorang taktau nama sebenar resep ni tp mbak ersi sendiri bilangin kalo dipanggil sambal indon pun bisa...disebabkan ianya menggunakan belacan jadinya kutambahkan sambal belacan indonesia...so here it goes...Untuk easy understanding aku jadikan ianya resep bergambar, step by step with pictures.

Our raw ingredients:
  1. Bawang merah/shallots
  2. Bawang putih/garlic
  3. Cili padi/thai chillies
  4. Tomato

And of cos the secret weapon kita BELACAN/shrimp paste

And now semua bahan bahan yang ditunjukkan di atas digoreng sempurna dengan level of oil is equal dengan level bahan2...oh ye lupa nak bagitau bahan bahan tersebut hendaklak dikupas dan dipotong kecuali cili api tersebut.

And dont forget to add the belacan skali harung.kiranya goreng dng belacan tu sekali.yes the belacan will hancur so careful ler...masa angkat tu make sure angkat sekali dengan belacan tersebut...

So lepas jek korang toskan bahan bahan menggunakan penapis yang sesuai,bolehlah korang blend it well...nak sedap jangan guna blender...tumbuk pakai lesung...kalo malas macam aku silala guna blender tp words of caution, hasil tumbuk ngan blend sangatlah lain!sambal yang originally made by mbak ersi memang lebih sedap berbanding yang aku wat...eh jangan lupa add some gula salt time ni secukup rasa kalo x cukup gak lagi rasanya gunalah penambah perasa..hakhak..siyes talk indonesian maid memang sangat suka guna tok aji.goreng telur mata pun letak tok aji ni..sigh~~~~and sebab tu r kot yang akunya version tak sesedap mbak ersi punya sebab aku tak reti bajet guna tok aji.kalo letak lebih kang mau berbuih mulut tapi kalo kurang kang pelik pulak so to play safe aku x letak langsung!hahaha puas ati den!*oh tapi kalo kalo kalo mbak ersi curik curik letak aku xtau r*

So tadaaaaaa....nila rupa bentuk sambal belacan indonesia...
we often eat this with steamboat chuchuk chuchuk version homemade...tapi dapat makan ngan nasi panas pun terangkat yawwww...rasanya lebih kurang macam sambal ayam penyet ap tapi definitely lebih sedap lagi sebab hasil air tangan sendiri...so apa lagi ayuh kita mengoogle di dapur and try ler sambal ini...memang gua tak tipu sambal ni memang sedap betol!yang tak makan pedas pun boleh menambah sambal ni tau...selamat mencuba try test yawwwlllll!

membersihkan sawang di blog

As the title goes, mmg tujuan penulis menulis entry kali ni adalah untuk menandakan bahawa penulis masih mempunyai blog picisan yang harus di update... I try my lung heart out untuk post an entry per week tapi apakan daya masa begitu mencemburui penulis yang kini sudahpun mendirikan rumah tangga..opssss ;-) *bertambahla kebiziannya*. Therefore, penulis berusaha dengan sangat iktikad untuk menulis entry ini....wahahahaah....

His first kiss as a husband

Gambar diatas adalah gambar di malam pernikahan penulis dan pasangannya MLS. Dengan satu kali lafaz, i am eternally his!may this love till Jannah! In shaa Allah! Bertarikh keramat pada 28.DECEMBER.2012 jam 10:18pm dengan lafaz akad "SHAHROSSAJJAD BIN ABDUL MAJID,aku nikahkan dikau dengan anakku WAN NOOR AZNI dengan mas kahwinnya RM***** tunai"dan lafaz qabul "aku terima nikah WAN NOOR AZNI BT WAN A.R. AZIZAN dengan mas kahwinnya RM***** tunai" maka kini penulis sudah bergelar MRS SAJJAD...how was that sound huh?teheeee~~~~

Dan penulis ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis terutamanya kedua IBU BAPA penulis iaitu Datuk yang berseri seri Wan A.R. Azizan Bin Wan Sulaiman, Datin tak habis habis berseri Rohani Bt Ramli kerana merestui pernikahan anakanda sulung mereka. Kepada adik adik penulis, Wan Nur Azrin,Wan Nur Azwani, Wan Muhamad Azri dan Wan Nur Aishah Natasha atas daya ketahanan mereka menahan caci maki kekanda sulung yang sangat bersopan santun lagi lemah lembut gemalai...jasa kalian sangatlah dihargai. Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Mbak Ersi n the bibik's gang kerana jasa mereka rumahku sangat clear!ai lap u ols la!*nanti ai up gaji yeh* Penghargaan turut dirakamkan kepada Cik Adilah Aris atas kesanggupan menjadi jam randik bergerak yang sentiasa mengingatkan tentang waktu pernikahan penulis...hikhik..i just cant thanked you enough!only God can repay!she being there dari hari khamis sehinggalah sabtu yang mana jika tiadanya beliau, maka majlis penulis pastinya bertambah haru biru....

Kepada sedara mara jauh dan dekat yang datang berkumpul dan menghulurkan nota kepala agung, terima kasih yang tak terhingga!mak ngah pakngah,cikde pokde,makteh pakteh,maklang paklang, makndak pakndak,ayahcik cikdayang, maksu paksu....oh ye sepupu yang membantu membuat door gift juga!heheheh...wa sayang lu orang ketat ketat!
mereka mereka yang sempat bergambar bersama pada malam itu

The DIY wedding gift from her to him...

Azni D' Alam fantasy~penulis bergambar bersama sama dengan hantaran yang dibuat sendiri

My highest gratitude kpd kengkawan yang hadir pada malam Azni D' Alam Fantasy, my Bukit Gading's BFF Amira n Azhani and my MICETIAN BFF puan Atiq n her husband,miss nana, miss ellie n miss ajad(i know what u did that night ;-) )...kepada fotografer cilikku Farisha n Danish serta mama mereka Kak Ina*walaupun tiada gambar gojes ber2*, tq sebab datang both event!luv u guys!

Dan kpd MIL, terima kasih mak sebab merestui pilihan hati anakanda mu. In shaa Allah, saya akan memelihara dan menjaga hubungan yang direstui dan diberkati ini dengan sebaik jagaan supaya hubungan ini membawa kami ke syurga Allah s.w.t

Kepada mereka yg tak saya nyatakan nama bukan bererti jasa kalian saya lupa bahkan saya mengucapkan berbanyak2 terima kasih dan mohon maaf seandainya terdapat kekhilafan dan kekurangan majlis, sesungguhnya yg baik itu dtgnya dr Allah s.w.t yang kurang dari diri saya dan yang buruk itu datangnya dari syaitan yg direjam.

Jazakallahukhair...moga bertemu di lain entry